Assalamualaikum & Salam Sejahtera Selamat datang ke Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia! Institut Biosains merupakan pusat penyelidikan yang unggul yang memfokus kepada penyelidikan, perkhidmatan professional and program siswazah. Misi kami adalah untuk meneroka ilmu pengetahuan baru, memajukan penyelidikan tanpa sempadan dan membantu masyarakat untuk menerokai kaedah baru dengan memperkenalkan produk-produk untuk pembentukan kekayaan negara dan gaya hidup yang lebih sihat.
Institut Biosains berbangga kerana menempatkan salah sebuah kemudahan pengimejan berkuasa tinggi terbaik di Negara lengkap dengan peralatan mikroskop termaju dan canggih. Kemudahan berpusat yang lain adalah Unit Perubatan Komparatif & Teknologi bagi pengujian roden, Unit Teknologi Fermentasi dan Kemudahan Spektroskopi berkuasa tinggi. IBS juga mempunyai Taman Konservatori Pertanian seluas 2 ha yang mengandungi koleksi lebih daripada 500 spesies tumbuh-tumbuhan ubatan untuk penyelidikan dan pengajaran. Kami juga turut menawarkan pelbagai perkhidmatan makmal dan latihan kepada penyelidik dalam dan luar negara. |
|
Institut Biosains akan terus cemerlang dalam penyelidikan dan inovasi. Kecemerlangan ini dikukuhkan lagi melalui kerjasama dengan pelbagai universiti, pusat penyelidikan dan industri dalam usaha memenuhi keperluan Negara dan dunia. Lawatilah laman sesawang ini untuk mengetahui penyelidikan semasa, perkhidmatan, kepakaran and juga aktiviti semasa.
Pengarah
Institut Biosains
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
: 03 - 9769 3041
: zunita@upm.edu.my
|