| JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS CERAMAH SEMPENA BULAN RAMADHAN 1428H
'Puasa Membina Kecemerlangan dan Jati Diri'.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Kebajikan dan Sosial Institut Biosains
(KESIB) dengan kerjasama pihak Pengurusan Institut Biosains akan
mengadakan satu sesi ceramah sempena menyambut kedatangan Bulan Ramadhan
al-Mubarak 1428H. Maklumat lanjut seperti berikut:-
Tarikh : 12 September 2007
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Auditorium Institut Biosains, Aras 2, Institut Biosains
Penceramah jemputan pada hari tersebut ialah Yg. Bhg. Tuan Haji Abdul
Manaf Mat, Imam Besar Masjid Putrajaya, Presint 1, Putrajaya dan majlis
tersebut akan dipengerusikan oleh Timbalan Pendaftar Institut Biosains.
Tajuk ceramah ialah 'Puasa Membina Kecemerlangan dan Jati Diri'.
Semua muslimin dan muslimat adalah dijemput hadir bagi sama-sama mendapat
manfaat daripada majlis ini.
Selamat menyambut Puasa.
|