MENGENAI KAMI  
   
   
   
   
   
   
   
 **********************
   
   
**********************
   
   
   
   
**********************
   
     
     

Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia telah ditubuhkan pada bulan 1 Ogos 1996 dan merupakan institut penyelidikan yang pertama ditubuhkan di UPM. Tujuan penubuhan IBS adalah sebagai pusat pembangunan kecemerlangan penyelidikan dan latihan siswazah lanjutan dalam bidang sains biologi. Penubuhan IBS bertujuan untuk mengukuhkan keupayaan sains dan teknologi negara serta pembangunan modal insan bagi menyokong Pelan Induk Perindustrian dan Pertanian negara. Sejak penubuhannya, bidang penyelidikan di IBS telah berkembang dan semakin pesat membangun menjadi pusat penyelidikan utama di UPM.

 
 

Pada 9 Februari 1995, Senat telah menyokong penubuhan Institut Penyelidikan Universiti Pertanian Malaysia yang bertujuan untuk melaksanakan penyelidikan dan pembangunan program yang selaras dengan pelan korporat di Universiti Pertanian Malaysia. Cadangan asal Institut ini adalah sebagai pusat penyelidikan berpusat di UPM untuk semua penyelidik dari pelbagai fakulti, juga sebagai pusat perlaksanaan penyelidikan strategik dan multidisiplin di dalam persekitaran penyelidikan yang kondusif serta bertaraf dunia. < selanjutnya >

 
Matlamat  

Matlamat Institut Biosains adalah untuk menjadi sebuah Institusi penyelidikan dan pembangunan yang terunggul dalam bidang sains hayat, sains kesihatan dan bioteknologi melalui:

1. peningkatan dan pemantapan kepakaran di semua peringkat dari segi kuantiti dan kualiti dalam bidang penyelidikan tumpuan;
2. penggarapan peruntukan yang mencukupi bagi menjalankan penyelidikan yang relevan dan berimpak tinggi;
3. peningkatan pembangunan infrastruktur dan perolehan peralatan penyelidikan yang berteknologi tinggi;
4. peningkatan hasil penyelidikan yang berkualiti tinggi dan penyediaan perkhidmatan profesional yang memenuhi kepuasan pelanggan; dan
5. pewujudan rangkaian penyelidikan strategik dengan sektor swasta dan institusi-institusi penyelidikan terkenal di dunia.

Visi, Misi dan Dasar Kualiti
Dalam mengendalikan aktiviti penyelidikan, pentadbiran dan perkhidmatan profesional, Institut Biosains telah merangka dan mengguna pakai visi, misi dan dasar kualiti yang berikut.
Visi IBS
Visi Institut Biosains adalah untuk menjadi sebuah pusat penyelidikan cemerlang bertaraf antarabangsa dalam penyelidikan sains hayat, sains kesihatan dan bioteknologi.
Misi IBS
Misi Institut Biosains adalah untuk meningkatkan penyelidikan berimpak tinggi dan berdaya saing bagi menjana ilmu dan kekayaan untuk pembangunan negara melalui pemantapan kemudahan penyelidikan dan kepakaran dalam bidang sains hayat, sains kesihatan dan bioteknologi.
Dasar Kualiti :
Kami staf Institut Biosains beriltizam untuk mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan, perkhidmatan profesional dan pembelajaran di peringkat antarabangsa dalam bidang sains hayat, sains kesihatan dan bioteknologi menerusi pembudayaan sistem pengurusan kualiti secara berterusan bagi memenuhi kepuasan pelanggan.