|
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
|
|
 |
|
|
 |
|
|
 |
|
|
********************** |
|
|
|
|
|
********************** |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
********************** |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
|
|
|
| |
| PESANAN PENGARAH |
 |
Saya amat berbesar hati untuk mengalu-alukan kunjungan tuan-tuan dan puan-puan ke Institut Biosains (IBS). Tuan-tuan dan puan-puan dijemput untuk melawat secara personal mahupun melayari laman web kami untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan kepakaran, kemudahan ataupun mengenali kami dengan lebih dekat. |
Ditubuhkan pada tahun 1996, Institut Biosains berperanan sebagai pusat kecemerlangan R&D dengan misi untuk meneroka ilmu pengetahuan baru, memajukan penyelidikan tanpa sempadan dan membantu masyarakat dalam meneroka kaedah-kaedah baru dengan memperkenalkan produk-produk untuk pembentukan kekayaan negara dan gaya hidup yang lebih sihat. Di samping memiliki pelbagai kemudahan terbaik, IBS turut dibarisi para saintis berwibawa untuk meneroka penemuan-penemuan baru dalam pelbagai disiplin yang diceburi seperti pembangunan hasilan semulajadi, bioubatan molekul seperti kanser, bioteknologi industri dan sains marin. Para saintis di IBS bekerjasama sebagai satu kumpulan berimpak tinggi untuk membentuk variasi bidang penyelidikan seperti sains biologi, kimia, kejuruteraan, perubatan dan alam sekitar. |
Dengan memiliki kemudahan yang canggih di samping persekitaran kerja yang harmoni, IBS telah berjaya menarik ramai saintis dan ilmuwan cemerlang dari serata dunia. Di samping memiliki pelbagai kemudahan yang ditempatkan di kompleks utama, kami juga turut mempunyai beberapa laboratori dan unit satelit yang juga seiring dalam menghasilkan penyelidikan yang cemerlang. Selain itu, kami juga amat positif dalam menjalinkan kerjasama dengan sektor-sektor industri tempatan. Pelbagai aktiviti seperti ujian diagnostik makmal dan perkhidmatan sokongan, syarahan umum, latihan dan forum telah meningkatkan keupayaan intelektual yang seterusnya dapat memberi impak positif kepada universiti. |
Saya amat berharap agar tuan-tuan dan puan-puan akan menerima manfaat berdasarkan maklumat yang disediakan di dalam laman web ini. Saya amat mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada tuan-tuan dan puan-puan.
Fatimah Md.Yusoff |
|
|
|