 |
Unit Mikroskopi merupakan sebuah unit yang menawarkan khidmat profesional dan kemudahan mikroskop yang canggih untuk aktiviti penyelidikan. Justeru unit ini dapat membantu penyelidik-penyelidik mendapatkan penyelidikan pada tahap biomolekul dan nano saiz. Selain itu, Unit ini juga menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang mikroskopi dan mikroanalisis.
Unit Mikroskopi juga mempunyai kemudahan dan alatan untuk penyelidikan yang lengkap dan terkini dalam bidang mikroskop elektron, mikroskop cahaya, mikroskop konfokal dan mikroanalisis untuk para penyelidik sama ada di dalam dan luar UPM. Kebanyakan Mikroskop yang terdapat di di unit ini adalah antara yang pertama di Malaysia. |
| |
Objektif |
- Menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang mikroskopi dan nanosains.
- Menyediakan kemudahan penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bertaraf dunia.
|
| |
| PERKHIDMATAN |
PERKAKASAN |
KEMUDAHAN |
| Transmission Electron Microscope (TEM) |
- LEO 912AB Energy Filter TEM
- Hitachi H7100 TEM
- Philips HMG 400 TEM
|
- Ultrastructure information
- Electron Diffraction
- Electron Energy Loss Spectroscopy (EELS)
|
| Scanning Electron Microscope (SEM) |
- JEOL JSM-6400 SEM
- LEO 1455 VP SEM
- Philips XL30 ESEM
|
- Surface morphology
- Energy Dispersive X-Ray (EDX)
- Variable pressure and environmental SEM for wet sample
|
| Confocal microscope and Fluorescence microscope |
- MRC 1024ES Confocal Laser Scanning Microscope
- 488/568/647nm wavelength
|
- Specific labeling imaging
- 3D Imaging
- Image analysis
- (Qwin/ Qfluoro)
- Ar / Kr 50mw laser
- Leica DMRA II Fluorescence microscope
|
| |
| |
| Transmission Electron Microscope (TEM) |
TEM menggunakan sinaran elektron untuk menghasilkan imej 2D pada skrin fosfor. TEM berupaya menghasilkan imej-imej yang beresolusi tinggi untuk struktur dalaman tisu haiwan, tumbuhan, mikroorganisma dan struktur partikal yang halus seperti bakteria, virus dan DNA. Bagi sampel biologi, ketebalan yang disyorkan hendaklah dalam lingkungan 60nm-90nm. Bagi menghasilkan ketebalan ini, kebanyakan sampel perlulah diawet menggunakan bahan kimia, didehidrasi dengan larutan , disalut dengan resin , dipotong menggunakan ultramicrotom dan diiwarnakan menggunakan pewarnaan logam berat.
|
Bagi sampel sains bahan, TEM digunakan untuk menganalisa interfasa dalam bahan komposit, kedudukan bahan, struktur polimer yang halus, lapisan klay dan sebagainya. EELS merupakan aksesori pada TEM bagi melihat kedudukan elemen dalam sesuatu sampel . < top > |
| |
| Scanning Electron Microscope (SEM) |
SEM digunakan bagi mengenalpasti maklumat topografi daripada sampel dan struktur permukaan termasuk permukan dalaman yang terdedah. Pancaran elektron membias membentuk garisan pembiasan melintasi permukaan sampel dan berinteraksi dengan sampel yang menghasilkan elektron sekunder bergantung kepada permukaan topografi sampel tersebut. Pengumpulan elektron-elektron ini menghasiklan imej permukaan sampel dengan baik. Kebelakangan ini, penggunaan peralatan ini amat popular kerana kebanyakan sampel boleh dianalisa tanpa melalui pemprosesan sampel yang rumit. |
| < top > |
| |
| Confocal microscope and Fluorescence microscope |
Confocal Mikroskop mempunyai kelebihan tertentu jika dibandingkan dengan mikrokop optikal yang lain termasuklah menentukan kedalaman, menghapuskan imej yang tidak fokus dan kebolehan mengumpul bahagian optikal secara bersiri bagi spesimen yang tebal. Mikroskop ini boleh beroperasi dalam mod floresen, imbasan dan pancaran. < top > |
| |