Penggabungan laboratori telah dilaksanakan tahun 2020 bagi meningkatkan dan memantapkan penyelidikan & pembangunan, inovasi dan pengkomersilan dalam bidang bioubatan dan bioterapeutik. Laboratori ini berteraskan dua program penyelidikan utama iaitu Nutri-kosmesutikal, & Nutrigenomik pengangkutan Nano dan Kejuruteraan Protein Terapeutik. Kedua-dua program ini menjurus ke arah penyelidikan dan pembangunan kosmesutikal, nutraseutikal dan ubatan bioterapeutik untuk pencegahan dan rawatan pelbagai penyakit gaya hidup seperti penyakit kardiovaskular, kanser kolon, kencing manis dan penyakit Alzheimer.
Bagi mencapai matlamat yang disasarkan, Laboratori Bioubatan Molekul bekerjasama dengan institusi penyelidikan terkenal serta syarikat terkemuka di industri masing-masing melalui kolaborasi projek penyelidikan, pertukaran inovasi dan pemindahan teknologi. Di samping itu, Laboratori ini juga menyediakan perkhidmatan dan kemudahan berteknologi tinggi kepada penyelidik dan pelajar pasca siswazah tempatan dan luar negara untuk bersama-sama membangun dan memajukan inovasi dan industri bioubatan molekul di Malaysia.
Objektif:
1. Menjalankan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang teras nutrikosmesutikal dan bioterapeutik untuk pencegahan dan rawatan penyakit-penyakit gaya hidup dengan memberi penekanan kepada struktur dan ciri-ciri kefungsian, bioavailabiliti, farmakokinetiks, sistem pengangkutan dan mekanisme tindakan melalui teknologi omik.
2. Menjalankan inovasi dan inisiatif pengkomersilan bagi menghasilkan produk-produk nutrikosmesutikal dan bioteraputik.
3. Membongkar tindakan mekanistik novel bioaktif menggunakan pelbagai teknologi Omics.
4. Melatih sumber manusia dengan kemahiran R&D&I dalam bioteknologi dan bioubatan molekul.
5. Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan berteknologi tinggi untuk penyelidikan bioubatan molekul.
6. Meningkatkan rangkaian kerjasama dengan institusi-institusi penyelidikan tempatan mahupun antarabangsa dalam industri nutrikosmeseutikal dan bioteraputik sebagai inisiatif komersil.
Pertanyaan :
Profesor Madya Dr. Ahmad Faizal Abdull Razis
Ketua Laboratori
: madfaizal@upm.edu.my
: 03 - 9769 3073