Penemuan Hasilan Semulajadi

Program : Penemuan Hasilan Semulajadi
Ketua Program : Prof. Madya Dr. Intan Safinar Ismail

Sinopsis:
 
Pendekatan utama kami adalah memperkaya kandungan saintifik melalui realisasi nilai tambah yang tinggi ke atas sumber biologi negara, berdasarkan pembangunan secara mampan dan berkesan. Aset Negara berupa kekayaan sumber biologi serta pengetahuan penggunaan ubat tradisional digembeling untuk meningkatkan lagi potensi pembangunan aset ini sebagai sumber untuk kemakmuran negara.

Penubuhan program ini menjurus kepada  pembangunan sumber biologi melalui kaedah yang paling berkesan, mengenal pasti sebatian bioaktif yang boleh dihasilkan untuk tujuan perubatan. Aktiviti merangkumi isolasi dan mengenalpasti sebatian, menjalankan sintesis ke atas sebatian yang bioaktif.

Sorotan Penyelidikan:

- Mempunyai penyelidik dan kakitangan multi-disiplin yang berkaliber tinggi dan diiktiraf antarabangsa.
- Mempunyai kemudahan spektroskopi beresolusi tinggi yang canggih untuk penyelidikan dan perkhidmatan.
- Mempunyai penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi dan paten.
- Jaringan kolaborasi bersama institut antarabangsa melalui Memorandum Persefahaman (Hoshi University, Japan 
  and H.E.J. Research Institute of Chemistry, University of Karachi, Pakistan) dan institut kebangsaan melalui 
  Memorandum Perjanjian (Cancer Research Initiatives Foundation).
- Jaringan kolaborasi bersama industri.