Nutri-Kosmesutikal, Nutrigenomik & Nanodelivery

Program : Nutri-Kosmesutikal, Nutrigenomik & Nanodelivery 
Ketua Program : Prof. Dr. Maznah Ismail

Sinopsis :

Program ini tertumpu kepada penyelidikan dan inovasi untuk nutrasutikal dan kosmesutikal novel daripada sumber bio-semulajadi, khususnya sumber-sumber tempatan dalam aplikasi pengawalan kesihatan, pencegahan dan rawatan penyakit gaya hidup, termasuk obesiti, penyakit kardiovaskular, kencing manis, kanser kolon dan penyakit Alzheimer. 

Bioaktif novel bagi pembangunan kosmesutikal dengan fungsi anti-penuaan juga dikaji. Penyelidikan mengenai mekanisma, interaksi genetik dan sistem pengangkutan yang optimum ke dalam tisu dan organ sasaran juga sedang dilaksanakan. 

Objektif program ini adalah untuk:-

1. Membangunkan nutrasutikal dan kosmesutikal novel daripada sumber tumbuhan dan haiwan semulajadi. Melalui pelbagai kaedah pengektrak berteraskan teknologi hijau. 
2. Menjalankan kajian pra-klinikal dan klinikal terhadap keberkesanan nutrasutikal dan kosmesutikal untuk kesihatan optimum, pencegahan dan rawatan penyakit gaya hidup dan anti-penuaan. 
3. Membongkar tindakan mekanistik novel bioaktif menggunakan pelbagai teknologi Omics.
4. Mengkaji bioavailabiliti, sistem pengakutan dan farmakokihetiks nutrasutikal dan kosmesutikal. 
5. Mengkomersilkan nutrasutikal dan kosmesutikal.