Sinopsis:
Program penyelidikan Translational Genomics memberi tumpuan kepada aplikasi teknologi molekul dalam pengenalpastian genetik dan perubahan epigenetik penyakit kanser dengan mengkaji pelbagai laluan penyebab sel menjadi kanser (karsinogenesis) atau kepelbagaian persekitaran sel kanser yang khusus terdapat dalam variasi genetic penduduk Asia.
Keupayaan untuk meneliti dan memahami kanser dari perspektif genetik penduduk Asia akan membolehkan penemuan novel biopenanda kanser dalam proses diagnosis dan terapi yang yang lebih tepat kerana menyasarkan kepada peristiwa molekul dalam laluan penyebab kanser yang terdapat di kalangan penduduk Asia. Memahami perubahan genetik membolehkan pengkajian terperinci kepada perkembangan penyakit dan rintangan terhadap terapi dan akhirnya akan menyumbang ke arah matlamat membangunkan terapi gen kanser dan terapi kanser yang khusus.
Hubungi:
Profesor Madya Dr. Syahrilnizam Abdullah
TIMBALAN PENGARAH | DS54
: syahril@upm.edu.my
: 03 - 9769 2102