Program ini diarahkan kepada peningkatan pengetahuan kimia dan biologikal yang baharu di dalam metabolomik hasilan semulajadi.
Matlamat utama metabolomik adalah merangkumi:
1) anotasi kimia, contohnya penentuan struktur kimia setiap metabolit
2) anotasi biologikal, contohnya menghubungkan setiap metabolit kepada enzim tertentu, laluan biokimia,
atau proses biologikal, dan
3) anotasi metabolomik, contohnya pengagihan setiap metabolit di dalam sel-sel yang berbeza bagi suatu
organisma dimana ia merangkumi spatial dan temporal serta kepekatan.
Sinopsis :
Projek-projek dalam program ini bertujuan untuk mendapatkan pelbagai maklumat mengenai bagaimana organisma bertindak balas atau respons kepada perubahan drastik dalam alam semula jadi dengan memahami perubahan metabolit yang berlaku dalam tisu organisma dan biofluid. Pendekatan ini akan membawa kepada penemuan petunjuk biologi bagi metabolik dengan aplikasi yang berpotensi dalam diagnostik, serta menghasilkan bahan maklumat mekanistik baru yang akan memberi pemahaman yang lebih mendalam bagi fungsi dan proses biologikal. Resonans Proton Magnetik Nuklear (NMR) dan Kromatografi Cecair gandingan Spektrometri Jisim akan digunakan dalam pengesanan ciri-ciri metabolisme multivariat temporal bagi petunjuk biologi ini.
Sorotan Penyelidikan:
- Mempunyai penyelidik dan kakitangan multi-disiplin yang berkaliber tinggi dan diiktiraf antarabangsa.
- Mempunyai kemudahan spektroskopi beresolusi tinggi yang canggih untuk penyelidikan dan perkhidmatan.
- Kakitangan yang terlatih dan berpengalaman.
- Rangkaian dengan Universiti Leiden, the Netherlands.
- Projek major di peringkat nasional yang penting dalam bidang metabolomik
Hubungi:
Profesor Dr. Khozirah Binti Shaari
KETUA LABORATORI | VK7
: khozirah@upm.edu.my
: 03 - 9769 1481