Unit Perubatan Komparatif and Teknologi (COMeT) merupakan sebuah fasiliti haiwan makmal SPF (Specific Pathogen Free) yang telah dibina mengikut piawai antarabangsa. Dengan mencapai standard ini, COMeT beraspirasi untuk mendapat akreditasi AAALAC (Association for Accreditation and Assessment of Laboratory Animal Care International) serta pensijilan GLP (Good Laboratory Practices). Bagi mencapai matlamat ini, COMeT telah dilengkapi dengan peralatan yang terkini serta diurus oleh barisan kakitangan yang terlatih, dedikasi serta berpengalaman untuk memberi perkhidmatan, penjagaan dan pengurusan haiwan yang terbaik kepada semua pengguna.
OBJEKTIF
- Menjadi pusat sehenti penyelidikan haiwan makmal bagi tujuan rujukan maklumatdan khidmat nasihat dalam usaha untuk mengekalkan UPM sebagai status Universiti Penyelidikan (RU) di negara ini.
- Membiak dan membekal roden SPF. Menyedia persekitaran yang kondusif dan bertaraf antarabangsa bagi menarik para penyelidik tempatan dan antarabangsa dari institusi pengajian tinggi, institusi penyelidikan serta syarikat farmasutikal.
- Berusaha mendapatkan Akreditasi AAALAC (Association for Assessment and
- Accreditation of Laboratory Animal Care International) dan Akreditasi GLP (Good Laboratory Practice) sebagai pengiktirafan antarabangsa. Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang sains haiwan makmal
KHIDMAT & KEMUDAHAN
Kemudahan
- Bilik haiwan makmal dan penyelidikan yang bertekanan positif agar segala bahan asing dan kuman tidak dibawa ke dalam bilik.
- Setiap bilik haiwan makmal dan penyelidikan juga mempunyai sistem kad akses yang berasingan.
- Terdapat tiga bilik pembiakan haiwan makmal SPF untuk tikus dan mencit.
- Haiwan makmal SPF ditempatkan di ‘Individual Ventilated Cages’ bagi mengurangkan risiko penyebaran agen-agen mikrob yang merbahaya.
- Dua bilik ujikaji yang luas. Bilik ini menggunakan sistem penapisan HEPA, suhu terkawal 21 hingga 23°c serta kelembapan persekitaran di dalam julat 50 hingga 60%.
- Dua Mesin ‘autoclave’ untuk menyahkuman dan steril peralatan, makanan haiwan, perkakasan haiwan disediakan di fasiliti ini.
- Dua bilik persalinan dan mandi untuk lelaki dan perempuan yang dilengkapi tandas, serta loker penyimpanan barangan.
- Menggunakan konsep 2 koridor, koridor bersih dan koridor kotor. Semua pergerakan di dalam fasiliti adalah sehala. Para penyelidik akan masuk ke fasiliti menggunakan koridor bersih dan keluar melalui koridor kotor.
- Dua bilik penyelidikan digunakan untuk menempatkan haiwan SPF yang akan digunakan untuk penyelidikan.
Perkhidmatan
- Menghasilkan dan membiak haiwan makmal SPF iaitu tikus dan mencit dengan skala besar bagi memenuhi keperluan pasaran.
- Menjual haiwan makmal SPF kepada penyelidik UPM serta penyelidik luar.
- Menjual haiwan makmal SPF kepada penyelidik yang ingin menjalankan penyelidikan di fasiliti ini.
- Menyediakan ruang dan kemudahan penyelidikan terkini kepada penyelidik dari dalam dan luar UPM yang ingin menjalankan kerja-kerja penyelidikan di fasiliti ini.
- Menjalankan khidmat latihan, dan kursus kepada pelajar siswazah dan penyelidik dari dalam dan luar UPM berkenaan penggunaan dan penyelidikan haiwan makmal.
- Menyediakan khidmat nasihat dan perunding veterinar dalam bidang penggunaan dan penyelidikan haiwan makmal.
- Khidmat Veterinar 24 jam untuk menguruskan kesihatan, penjagaan dan kebajikan haiwan makmal SPF sepanjang masa.
: daudaia@upm.edu.my