29 Januari 2024 - Unit Koleksi Kultur Mikrob (UNiCC) telah berjaya menganjurkan sesi latihan Asas Mikrobiologi kepada 17 peserta dari Bio-Angle Vacs Sdn. Bhd. Semasa latihan, peserta telah mengikuti syarahan “Pengenalan kepada Mikrobiologi” yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Ina Salwany Md Yasin (Penyelaras UNiCC). Bagi sesi latihan amali pula, peserta telah didedahkan tentang pengetahuan penting termasuk kepentingan keselamatan di makmal, teknik aseptik, pelbagai teknik pengendalian subkultur bakteria, serta penyediaan dan penilaian Gram stain menggunakan mikroskop cahaya.
Tarikh Input: 01/03/2024 | Kemaskini: 01/03/2024 | azah
Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel : dir.ibs@upm.edu.my