Kelayakan Akademik Untuk Program Doktor Falsafah (PhD) | INSTITUT BIOSAINS
» Kelayakan akademik untuk Program Doktor Falsafah (PhD)

Kelayakan akademik untuk Program Doktor Falsafah (PhD)



(i) Calon yang memohon perlu memenuhi kelayakan:

a) Sarjana ( dengan kerja kursus) dalam bidang berkaitan dengan gred minima B, ATAU

b) Sarjana dengan tesis dalam bidang berkaitan, ATAU

c) Sarjana Muda (Kepujian) yang cemerlang dengan  PNGK minima 3.750 (calon boleh memohon masuk secara terus walaupun tiada kelayakan Sarjana).

(ii) Pemohon dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)  yang berada dalam semester akhir  dalam pengajian prasiswazah boleh dipertimbangkan untuk kemasukan bersyarat mengikut PNGK terkini yang disahkan atau bersamaan dengannya serta memenuhi  kelayakan program kemasukan siswazah.

(iii) Calon PhD Dual/Cotutelle   hendaklah memenuhi  syarat kemasukan  seperti termaktub dalam  MoA antara UPM dan institusi bersekutu.

(iv) Pemilihan calon untuk program adalah mengikut pengesahan dari kedua-dua institusi dan mengikut latar belakang kualiti pemohon dan penyeliaan tersedia ada.

Kemaskini:: 04/06/2014 [an_farhana]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 4147/3047
03 - 9769 4147/3047
03 - 9769 2101
BWDaCA:02:14