Calon yang memohon perlu memenuhi kelayakan :
(i) Calon mestilah mempunyai Sarjana Muda (dengan kepujian) dalam bidang berkaitan dengan PNGK minima 3.000, ATAU
(ii) Calon tanpa kelayakan akademik mencukupi boleh dimasukkan ke dalam program mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Fakulti/Institut. Pemohon yang tidak memenuhi syarat seperti di atas tetapi dengan PNGK 2.250 atau bersamaan dengannya, dan mempunyai minima tiga (3) tahun pengalaman bekerja yang berkaitan akan dipertimbangkan.
(iii) Calon dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang berada dalam semester akhir dalam pengajian prasiswazah boleh dipertimbangkan untuk kemasukan bersyarat mengikut PNGK terkini yang disahkan atau bersamaan dengannya serta memenuhi kelayakan program kemasukan siswazah.
Kemaskini:: [amir_peli] Kemaskini:: 04/06/2014 [an_farhana]
Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel : dir.ibs@upm.edu.my