25 Februari 2023 - Anugerah Libat Urus Komuniti IKRAM Academia 2023 yang bertemakan “Bersama Membangun Negara Rahmah Melalui Konsep Madani” telah diadakan di Kompleks Pertubuhan IKRAM Malaysia, Seri Kembangan, Selangor bersempena dengan Program Konvensyen IKRAM Akademia 2023. Kumpulan akademik yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nurulfiza Mat Isa telah menyertai pertandingan penghasilan video melibatkan libat urus komuniti dan video berdurasi 3 minit ini telah memenangi tempat Perak bagi kategori akademik. Ahli kumpulan pemenang ini adalah Prof. Dr. Shamsul Bahri Hj. Md. Tamrin, Mohd Kamarulzaman Ismalil, Rafidah Ahmad dan Dr. Mazni Abu Zarin.
Tarikh Input: 31/03/2023 | Kemaskini: 31/03/2023 | azah
Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel : dir.ibs@upm.edu.my