Bengkel Penjagaan Dan Penggunaan Rodensia Dalam Penyelidikan | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Bengkel Penjagaan dan Penggunaan Rodensia dalam Penyelidikan

Bengkel Penjagaan dan Penggunaan Rodensia dalam Penyelidikan

Adakah kamu tahu?

Dengan peningkatan keprihatinan terhadap etika penggunaan haiwan dalam penyelidikan, banyak negara telah mewajibkan kepada semua penyelidik untuk mahir dalam pengurusan dan pengendalian haiwan makmal, sebelum mendapatkan kelulusan etika penggunaan haiwan dalam  kajian. 

Pada 2 dan 3 September 2020, Unit Perubatan Komparatif dan Teknologi, COMeT telah menganjurkan Bengkel Penjagaan dan Penggunaan Rodensia dalam Penyelidikan bersama-sama Jawatankuasa  Institusi Penjagaan dan Penggunaan Haiwan (IACUC) UPM dan Primanexus Sdn Bhd. Peserta bengkel ini terdiri daripada penyelidik dan pelajar pascasiswazah yang terlibat secara terus dengan haiwan makmal, terutamanya rodensia. Seperti yang dinyatakan dalam polisi IACUC UPM:

  1. Langkah-langkah yang tepat harus diambil untuk memastikan bahawa semua haiwan yang digunakan dalam penyelidikan, latihan penyelidikan, pengajaran, dan aktiviti ujikaji biologi dijaga dan dipelihara selaras dengan piawaian antarabangsa.
  2. 2. Semua penyelidikan, latihan penyelidikan, pengajaran, dan ujikaji biologi perlu mendapat kelulusan IACUC sebelum aktiviti tersebut dijalankan.
  3. 3. Semua personel yang menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan haiwan mesti mendapat latihan secukupnya dan latihan tersebut disahkan oleh IACUC.

Tarikh Input: 30/09/2020 | Kemaskini: 30/09/2020 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXFJIAb~