IBS Telah Menganjurkan 1st ICPoFiVD Dengan Berjayanya Bagi Mengumpul Penemuan Dan Penyelidikan Terkini Vaksin Haiwan Dan Terapeutik Ayam Serta Ikan | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » IBS telah menganjurkan 1st ICPoFiVD dengan berjayanya bagi mengumpul penemuan dan penyelidikan terkini vaksin haiwan dan terapeutik ayam serta ikan

IBS telah menganjurkan 1st ICPoFiVD dengan berjayanya bagi mengumpul penemuan dan penyelidikan terkini vaksin haiwan dan terapeutik ayam serta ikan

PUTRAJAYA, 24 Januari - Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan 1st International Conference on Poultry and Fish Vaccinology and Diagnosis (ICPoFiVD) 2023 bagi berkongsi penemuan penyelidikan terkini serta mewujudkan hubungan penyelidikan baharu dalam dunia vaksin haiwan dan terapeutik ayam serta ikan.

Pengerusi ICPoFiVD, Prof. Dr. Zunita Zakaria berkata program ini merupakan persidangan yang pertama menggabungkan penyelidik daripada dua ternakan utama di Malaysia, iaitu ayam dan ikan selaras dengan bidang khusus IBS sebagai Pusat Kecemerlangan Tinggi (HICOE), iaitu vaksin haiwan dan terapeutik.


“Persidangan ini juga bertujuan untuk menyediakan maklumat terkini berkenaan aplikasi vaksin, diagnostik, dan amalan pengurusan penyakit haiwan dalam pertanian mampan.” “Saya sangat gembira melihat penyertaan hari ini kerana mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Pada awalnya kami menyasarkan 120 penyertaan sahaja sekarang sudah melebihi 200 penyertaan dari dalam dan luar negara,” katanya.


Menurutnya, persidangan ini turut melibatkan kerjasama dengan Persatuan Ayam Veterinar Dunia- Malaysia (WVPA), World& Poultry Science Association – Cawangan Malaysia (WPSA), Persatuan Perikanan Asia (AFS), Persatuan Perikanan Malaysia (MFS), dan Informa Markets Malaysia Sdn. Bhd. yang turut membantu dalam keberkesanan persidangan ini.

“Persidangan selama dua hari bermula dari 17 sehingga 18 Januari 2023 juga membincangkan kawalan penyakit, pengeluaran yang tinggi termasuklah memastikan kualiti produk sentiasa baik dan kos pengeluaran yang munasabah,” katanya.

Beliau berharap perkongsian antara peserta dalam persidangan ini akan memberi manfaat kepada semua penyelidik, pemegang taruh termasuklah pengguna ayam dan ikan. -UPM

 

 

Tarikh Input: 26/01/2023 | Kemaskini: 26/01/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXFIPAx~