Majlis Gemilang Putra & Sambutan Hari Pekerja 2017 | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Majlis Gemilang Putra & Sambutan Hari Pekerja 2017

Majlis Gemilang Putra & Sambutan Hari Pekerja 2017

UPM, Serdang, 24 Mei 2017 - Majlis Gemilang Putra 2017 telah diadakan dengan gilang gemilang serentak dengan sambutan Hari Pekerja 2017 dengan tema ' Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi' . 

Anugerah khidmat cemerlang adalah anugerah yang diberikan kepada seseorang anggota tidak kira sama ada mereka berada di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) atau Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan kerana kualiti/kuantiti sumbangannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh dan daya penarik kepada lain-lain anggota untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

Seramai 8 staf Institut Biosains telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 iaitu :

  • Tn. Hj. Jamsari Tamsir
  • Pn. Arba'ah Md Salleh
  • En. Mohamad Ismail Baharom
  • En. Ahmad Hisham bin Mohd Sidi
  • Pn. Hazliza binti Mohd Tahir
  • En. Khairul Kamar bin Bakri
  • Pn. Nor Anizian binti Mat Zin
  • En. Rosman bin Puasa

Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016

Tarikh Input: 24/05/2017 | Kemaskini: 24/05/2017 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXFIQAN~