SERDANG – Bagi memperkasakan bidang kultur tisu tumbuhan kepada pelajar Vokasional (Pertanian), satu projek Pemindahan Kepakaran Teknologi Kultur Tisu Tumbuhan telah dijalankan antara Universiti dan pihak komuniti iaitu, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan, Perak (KVPTI). Projek ini adalah merupakan projek yang pertama bersama Kolej Vokasional yang berasaskan pertanian di Malaysia amnya dalam membangunkan teknologi kultur tisu tumbuhan dan menghasilkan anak benih yang berkualiti tinggi. Hasrat kerjasama ke atas projek ini telah di bincangkan semasa lawatan yang telah diadakan oleh tenaga pengajar KVPTI ke Makmal Kultur Tisu, Unit Biodiversiti, Institut Biosains, UPM pada 24 Januari 2014.
Bagi merealisasikan hubungan jaringan kerjasama ini, satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara UPM dan KVPTI pada 29 September 2014 bagi tempoh 5 tahun. Tujuan jaringan kerjasama ini dilaksanakan adalah bagi pembangunan komuniti yang melibatkan khidmat nasihat dan perkongsian ilmu antara universiti dan rakan institusi yang merangkumi pembangunan bioteknologi tumbuhan.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang jaringan kerjasama ini ialah:
Antara impak projek ini adalah dapat meningkatkan dan memantapkan kemahiran insaniah pelajar-pelajar yang menjalankan latihan Bioteknologi, menghasilkan anak benih pokok yang berkualiti tinggi serta menjadi ‘partner’ dalam projek penyelidikan Universiti dan industri
Ditulis oleh,
Julia Abdul Aziz
Tarikh Input: 11/09/2017 | Kemaskini: 10/02/2021 | azah
Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel : dir.ibs@upm.edu.my