Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya. Dr. Siti Nurbaya Oslan dan rakan penyelidik untuk penerbitan terbaru dalam Mikroorganisma. Dalam penerbitan ini, sistem perumah-vektor baru telah dibina menggunakan pemula makanan tradisional (yis) untuk mengekspres bakteria lipase tahan haba. Yis itu dikenal pasti sebagai strain Meyerozyma guilliermondii SMB dan telah menunjukkan hasil yang menyakinkan bagi penghasilan protein rekombinan menggunakan vektor yang diubahsuai. Artikel ini juga menunjukkan potensi besar sistem yis tempatan ini dalam menghasilkan rekombinan protein dan enzim yang lain berbanding dengan sistem komersial (Komatagaella phaffii). Maklumat lanjut boleh diperolehi pada: https://www.mdpi.com/2076-2607/8/11/1738/htm.
Tarikh Input: 02/02/2021 | Kemaskini: 02/02/2021 | azah
Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel : dir.ibs@upm.edu.my