Ucapan tahniah dan penghargaan kepada Prof. Dr. Maznah Ismail kerana telah berjaya meraih pingat emas dan sekaligus merangkul Anugerah Khas, Bioeconomy Innovation of the year melalui produk inovasi Extraction of Fixed Oil & Thymoquinone Rich Fraction atau ringkasnya TQGOLD, iaitu penghasilan sebatian bioaktif thymoquinone ringkasnya TQ yang terdapat di dalam biji Bigella Sativa, atau lebih dikenali sebagai Habbatus Sauda dengan menggunakan kaedah Supercritical Fluid Extraction atau dikenali sebagai SFE. Inovasi TQ berkesan untuk mencegah dan sebagai rawatan alternatif kepada penyakit-penyakit degeneratif seperti penyakit kardiovaskular dan kanser selain dapat mengekalkan kesihatan yang optimum kerana sifatnya yang kaya dengan anti oksidan.
Kemenangan ini diperolehi bersempana BioMalaysia & Asia Pacific Bioeconomy 2016, Kuala Lumpur yang diadakan pada 31 Mei sehingga 02 Jun 2016 di Kuala Lumpur Convention Center, Malaysia.
Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli
Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel : dir.ibs@upm.edu.my